PENYAKIT-PENYAKIT ARNAB
Assalamualaikum.....
Post kali ini adalah lebih untuk membicarakan berkenaan penyakit-penyakit yang sering menyerang arnab peliharaan kita.
Jumlah  kematian arnab akibat penyakit cukup tinggi, iaitu, antara 15 ke 40%,  bermula dari semasa kelahiran hingga dipisahkan dari induknya. Banyak  faktor yang terlibat, iaitu:
i. Program sanitasi yang tidak teratur;
ii. Pemberian makanan yang tidak berkualiti;
iii. Jumlah makanan dan minuman sedikit serta tidak bersih;
iv. Kekurangan nutrisi (protein, vitamin, garam mineral);
v. Jangkitan dll
Antara penyakit yang sering menyerang arnab adalah seperti berikut:
1. Enteritis
2. Pasteurelosis
3. Young Doe 
4. Koksidiosis
5. Sembelit
6. Koreza atau Pilek
7. Pneumonia
8. Kudis
9. Kanser Telinga
10. Ring Worm
11. Favus
12. Radang Mata
13. Penyakit Cacing
14. Kaki Bengkok
15. Memakan Bulu sendiri
16. Pemangsa (Kanibalisme)
Tujuan  membicarakan tentang penyakit2 arnab ni bukanlah untuk menakut2kan  sesiapa yang teringin membela arnab, tetapi lebih kepada untuk memberi  input dan pengetahuan agar kita dapat mengambil langkah2 awal mengawal  dan mengatasinya. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini kita dapat  menmanfaatkan bersama.
1. Enteritis
Penyakit  ini seringkali menyerang sistem pencernaan arnab dan faktor penyebab  utama kematian arnab. Kerapkali menyerang anak2 arnab terutamanya anak  arnab yang sedang menyusu. Antara lain, dalam bahasa kita penyakit ni  lebih dikenali sebagai cirit-birit, kembong atau "bloat".
Penyebab  utama penyakit ni adalah keadaan udara yang lembap, basah atau terdedah  kepada cuaca sejuk pada waktu malam secara langsung dan perubahan cuaca  yang mendadak. Selain itu, ia juga berpunca dari faktor pemakanan yang  tidak seimbang di mana komposisi nutrisi yang dibekalkan seperti  protein, serat kasar dan lemak yang tidak tepat.
Antara  tanda2 kembung yang ditunjukkan ialah, sentiasa berdiri dalam posisi  membongkok dan kaki ke hadapan, telinga terkulai ke bawah, mata suram  dan pergerakan mulu seakan2 menahan sakit. Selain itu, arnab selalu  dahaga serta kerap minum air. Najis yang dihasilkan berwarna hijau  gelap, berbau busuk, berlendir dan kerap kali melekat pada bahagian  dubur. Penyakit ni boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan lain  seperti Mucoid Enteritis, Hemorrhagic Enteritis dan Diaarheal Enteritis.
Mucoid Enteritis  atau mukosa enteritis ni berlaku disebabkan oleh teknik pemeliharaan  arnab yang tidak betul. Kebiasaannya arnab menunjukkan tanda2  cirit-birit, menghasilkan najis yang cair seperti jelly. Ini disebabkan  pemberian makan yang mengandungi serat kasar yang terlalu kasar melebihi  20%.
Langkah  pangawalan yang perlu adalah dengan mengasingkan makanan hijau dan air  minuman yang telah disediakan. Arnab perlu diberi makan kering seperti  daun2 kering. Selain itu, antibiotik perlu ditambah ke dalam makan dan  minuman induknya yang sedang menyusukan anak.
Bagi arnab yang terkena Hemorrhagic Enteritis,  tanda2 yang ditunjukkan adalah cirit-birit berdarah. Najis berwarna  coklat dan cair. Untuk pemulihan, antibiotik perlu ditambah ke dalam  makan dan minuman induknya yang sedang menyusukan anak.
Diarrheal Enteritis  pula merupakan penyakit yang boleh membunuh arnab yang diternak. Gejala  yang ditunjukkan adalah mengeluarkan najis yang cair, berwarna gelap  dan berbau busuk. Lazimnya arnab hanya dapat bertahan selama 1 hingga 3  hari sebelum mati. Serangan adalah berpunca daripada bakteria yang akan  menghasilkan toksik dan racun. Racun ini akan berkembang di dalam  lapisan usus, merosakkannya dan seterusnya arnab menjadi lemah dan mati.
Langkah  yang perlu dilakukan adalah dengan mengasingkan arnab2 tersebut serta  elakkan daripada memakan dedaun. Pemberian antibiotik perlu dilakukan.  Seterusnya pada hari berikutnya penyuapan vitamin dan  elektrolit(Nopstress) perlu dilakukan sehingga arnab benar2 sembuh.
Secara  umumnya penyakit enteritis ini berpunca daripada pemberian makan yang  tidak sesuai atau sering berubah2, terlalu banyak makanan hijau yang  basah, perubahan cuaca yang mendadak, kawasan penternakan yang kotor dan  anak arnab diasingkan terlalu awal. Pemberian serat kasar yang  berlebihan atau berkurangan juga menyebabkan arnab dewasa mudah diserang  penyakit ini.
2. Pasteurelosis
Penyakit  ini lebih kerap menyerang arnab dewasa berbanding anak arnab. Sama  seperti enteritis, penyakit ini juga kerap menyerang sistem pencernaan  arnab. Disebabkan oleh serangan bakteria Pasteurella multocida.  Serangan bermula dari bahagian atas saluran pencernaan, seterusnya  merebak menjangkiti organ lain seperti uterus, testikal dan kelenjar  susu.
Langkah  pengawalan yang perlu diambil adalah dengan membuang kotoran yang sedia  ada dan memastikan sistem pengudaraan berjalan dengan lancar.Pencegahan  boleh dilakukan dengan menyuntik vaksin kepada arnab. Vaksin berfungsi  meningkatkan daya ketahanan untuk melawan serangan penyakit,  meningkatkan pertumbuhan dan mengurangkan kematian.
3. Young Doe Syndrome
Seringkali  menyerang anak arnab betina yang dilahirkan dalam kelompok kelahiran  pertama dan kedua. Ia berlaku disebabkan oleh septisemia di mana  pemusnahan tisu secara meluas yang berlaku akibat penyerapan bakteria  penyebab penyakit seperti Mastitis. Antara  tisu2 yang mengalami kemusnahan adalah tisu2 yang terdapat pada kelenjar  susu. Selain itu, ia juga disebabkan oleh serangan bakteria Stapphylorus aureus yang memasuki melalui kelenjar susu atau puting susu yang luka.
Serangan  mastitis menyebabkan suhu badan induk semakin meningkat, nafsu makan  berkurang, puting susu membengkak dan keras sehingga menyukarkan  penyusuan anak.
Selain  berpunca daripada jangkitan bakteria, penyakit ini juga disebabkan oleh  pemberian makanan yang tidak seimbang. Pemberian makanan yang  mengandungi biji-bijian yang tinggi akan mempercepatkan serangan  enteritis, lalu berkembang menjadi mastitis dan radang susu. Anak2 arnab  akan mati disebabkan kekurangan sumber susu awalan.Kaedah rawatan yang  sesuai adalah dengan memberikan suntikan Penicilin, Dexatozoon, Sulmethonl, Sulfa Strong atau Oxylin.
Program  sanitasi juga perlu dipertingkatkan. Sangkar atau kawasan penternakan  perlu dibersihkan, disembur dengan larutan pembasmi kuman. Anak2 yang  sakit perlu diasingkan dan dirawat di dalam sangkar kuarantin. Ia juga  perlu diberi minum Rabbit Milk atau susu kambing.
4. Koksidiosis
Disebabkan  oleh serangan parasit (protozoa) yang kerap menyerang bahagian usus  atau hati arnab. Pada serangan kronik, arnab2 ini akan mati. Penularan  penyakit ini berlaku melalui mulut. Ia disebabkan oleh tindakan arnab  memakan atau menjilat makanan, minuman dan bahan lain yang menjadi punca  penyakit. Serangan akan lebih teruk pada musim hujan. Kawasan  penternakan yang tidak mempunyai sistem saliran yang baik meningkatkan  risiko pembiakan organisma penyakit.
Terdapat 2 bentuk serangan, iaitu serangan bersifat akut (intesnital coccidiosis) dan serangan bersifat kronik (hepatic coccidiosis). Serangan kronik akan menyebabkan kematian anak arnab dalam tempoh 3 ke 4 minggu selepas jangkitan.
Antara  gejala penyakit yang jelas adalah kehilangan selera makan, badan  semakin kurus, letih lesu dan berat badan semakin berkurang. Pergerakan  mulut arnab juga menunjukkan ia seakan2 menahan sakit. Najis yang  dikeluarkan cair dan mengandungi danrah dan lendir.
Kaedah rawatan yang sesuai adalah dengan memberikan ubat2an yang mengandungi sulfa untuk menghalang cirit-birit, seperti, Sulfa Quinoxalin, Trisulfa, Sulfa Strong dan Noxal. Ia juga boleh dirawat dengan ubat penghalang diarea seperti Tetracycline atau Eludron yang berbentuk ubat titis.
Selain  itu, program sanitasi perlu dipertingkatkan. Sangkar atau kawasan  penternakan perlu sentiasa dibersihkan, disembur dengan larutan pembasmi  kuman(macam den larutan Dettol dan air). Anak2 yang sakit perlu  dipisahkan dan dirawat di dalam sangkar kuarantin dan hadkan pergerakan  pekerja serta lawatan. 
5. Sembelit
Ni  kes tak boleh buang air besar dan kandungan air kencing terlalu  sedikit. Kelakuan arnab juga pelik kalu kena penyakit ini. Antara  penyebab adalah pemberian makanan yang tidak seimbang dengan keperluan  air serta serat kasar di dalam makanan kering dicampurkan secara  berlebihan di dalam bahan hijau yang diberikan.
Rawatan  yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan arnab minum air dengan  secukupnya. Berikan makanan pellet kepada arnab dan sediakan makanan  hijau, sayur2an dan bauh2an mengikut keperluan arnab. Selain itu,  lepaskan arnab ke luar sangkar supaya ia boleh bergerak bebas dan  menghirup udara segar.
Pastikan  rangsum makanan kering dan bahan hijau diberikan mengikut komposisi  yang sesuai dan seimbang. Air minuman perlu ditambah dengan vitamin dan  garam mineral bagi melengkapkan lagi nutrisi. Sangkar yang sempit perlu  diperluaskan atau diganti dengan sangkar yang lebih luas untuk  memudahkan arnab bebas bergerak dan tenang.
6. Koreza atau Pilek
Penyakit  ni akan menyebabkan arnab bersin yang berpanjangan. Antara gejala yang  ditunjukkan adalah hidung mengeluarkan lendir berwarna putih atau keruh,  sering menggunakan kaki hadapan untuk menggaru2 hidung, kaki dan bulu  pada badannya sentiasa basah, mata sembap, basah dan berair, cam kita  gakla bila kena selsema.
Penyebab  utama agak sukar dikenalpasti, cam kita jugakla. Sesetengah berpendapat  ianya berlaku disebabkan serangan bakteria atau virus (pun macam kita  jugak). Ia bersifat mudah menular dan menyerang selaput lendir pada  bahagian hidung. Pada serangan serius, virus ini menular dan menjangkiti  bahagian tengkorak dan paru2 sehingga menyebabkan arnab mengalami  masalah pernafasan.
Cara  perawatan adalah dengan menyemburkan larutan antiseptik pada bahagian  hidung dan membersihkan sebarang kekotoran yang mengeras dengan  menggunakan air sum pada hidungnya. Juga boleh dirawat dengan  menggunakan antibiotik seperti Penicilin atau Anticold.
Penyakit  ini mudah merebak di kawasan sangkar yang basah serta peredaran udara  yang tidak lancar. Kawalan adalah dengan meningkatkan program sanitasi,  mengurangkan kepadatan populasi sesangkar, memberikan makanan dalam  jumlah mencukupi dari segi kuantiti dan kandungan gizinya. Pastikan  arnab dapat bergerak bebas dan menerima dedahan matahari secukupnya  setiap hari.
7. Pneumonia
Pneumonia atau radang paru2 merupakan penyakit yang menyerang sistem pernafasan arnab. Disebabkan oleh jangkitan bakteria Pasteurella multocida.  Gejala yang ditunjukkan adalah sering mengangkat atau mendonggak2kan  kepalanya ke atas kerana sukar bernafas, mata dan telinga berwarna  kebiruan, kadangkala keluar cecair bernanah dan kotoran yang dihasilkan  dalam bentuk cecair.
Penyakit  ini kerap menyerang arnab yang mengalami penurunan dalam sistem imun,  terutamanya induk yang hampir beranak buat kali kedua atau ketiga.  Antara penyebab utama penyakit mudah merebak ialah keadaan sangkar atau  reban penternakan yang terdedah dengan aliran udara yang kencang,  kelembapan yang tinggi dan pemberian makanan yang tidak seimbang.
Penyakit ini sukar sembuh tetapi rawatan awal dapat meminimumkan serangan kronik. Antara ubatan yang digunakan adalah Penicilin, Oxylin atau Sulfa Strong yang diberikan melalui suntikan. 
8. Kudis
Kudis  akan menyebabkan arnab mengalami masalah kegatalan pada bahagian badan  seperti kepala, mata, hidung, kaki dan keseluruhan badan. Disebabkan  oleh jangkitan kutu Sarcoptes scabiei sehingga ia dikenali dengan nama scabesiois.
Kutu  ini berbentuk hampir bulat, mempunyai empat pasang kaki. Kutu jantan  berukuran 0.2 - 0.24 mm manakala betina 0.33 - 0.6 mm. Kutu yang  berkembang-biak akan menghasilkan telur sebanyak 40 - 50 butir.
Serangan  kutu betina akan merosakkan lapisan kulit bahagian atas. Kerosakan  kulit ini menyebabkan arnab mengalami kegatalan dan luka. Akibatnya,  jangkitan kulit berlaku. Kulit akan menjadi kemerah-merahan, bulu  semakin gugur dan sering mengalami gatal2 yang berlebihan.
Selain  itu, arnab akan bertindak menggaru dan menggosokkan bahagian yang gatal  pada permukaan dinding sangkar. Akibatnya kulit mengalami luka,  berkudis, badan menjadi semakin kurus, hilang selera makan dan akhirnya  mati.
Arnab  yang dipelihara dalam sangkar tertutup yang menggunakan lantai tanah  lebih mudah dijangkiti kutu ini berbanding dengan yang di dalam sangkar  bertingkat (sangkar bateri).
Langkah  pengawalan yang sesuai adalah dengan mengasingkan yang dijangkiti kutu  ke sangkar kuarantin. Bersihkan sangkar dengan menggunakan larutan  pembasmi kuman dengan berhati2. Sangkar perlu dijemur dan dibiarkan  kosong selama 15 hari.
Jangkitan  yang lebih kronik dicegah dengan mencukur bulu arnab yang mempunyai  kudis. Cuci luka akibat kesan menggaru dengan menggunakan air panas.  Seterusnya sapukan dengan ubat kudis seperti Caviam atau Scabicid Cream. Rawatan perlu dilakukan 2 kali sehari.
9. Kanser Telinga
Gejala  penyakit yang ditunjukkan adalah gatal dan sakit pada bahagian telinga  yang mengalami serangan. Arnab juga kerap kali menggoyangkan atau  menggelengkan kepalanya, menggosok-gosokkan bahagian daun telinga ke  mana-mana permukaan kasar sehingga menyebabkan bahagian tersebut menjadi  kemerah-merahan. Cecair yang keluar dari bahagian yang rosak akan  mengeras dan seterusnya membentuk kepingan luka. Arnab yang diserang  penyakit ini akan kelihatan gelisah dan tidak tenang.
Untuk  mengatasi masalah serangan, arnab yang sakit perlu diasingkan ke  sangkar lain. Kesemua arnab yang ditempatkan bersama perlu dirawat  sebelum jangkitannya bertambah kronik. Bahagian telinga yang dijangkiti  perlu disapu dengan ubat pembasmi kutu. Ubat ini disediakan dengan  mencampurkan 1 bahagian sodium, 25 ml minyak kelapa dan 10 bahagian  alkohol. Ubat ini disapu dengan menggunakan kapas. 
10. Ring Worm
Penyakit  ini berpunca daripada jangkitan kulat yang membiak di bahagian bawah  kulit. Pada peringkat awal serangan, ia akan menyerang bahagian kepala  atau kaki dan seterusnya menular ke bahagian badan yang lain. Bahagian  yang diserang ditandai dengan bintik-bintik berwarna merah, menyebabkan  arnab mengalami kegatalan malah ia boleh menjangkiti manusia.
Akibatnya,  bulu2 arnab akan bergumpal dan kusut, mudah gugur, bulu yang gugur akan  melekat pada bahagian permukaan badan sehingga akan menutup bulu2 yang  lain.Langkah pengawalan dilakukan adalah dengan mencukur bahagian yang  diserang lalu dibersihkan dengan menggunakan air sabun. Bulu yang telah  dibersihkan perlu dikeringkan serta disapu dengan larutan iodin sehingga sembuh.
Program  sanitasi perlu ditingkatkan. Sebarang peralatan dalam sangkar perlu  disteril atau disucihama. Peralatan yang tidak boleh digunakan perlu  dibakar atau ditanam. 
11. Favus
Adalah  jangkitan pada kulit kepala disebabkan oleh serangan kulat. Serangan  ini menyebabkan bahagian kulit kepala kelihatan bersisik, sisik tersebut  berbentuk bulat pipih, merah dan keras. Kulit kepala kelihatan  menggelupas dan bulu2 lebih kerap gugur.
Langkah  pencegahan yang sesuai dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian  yang sakit menggunakan sabun dan air suam. Kemudian ia perlu  dikeringkan. Bahagian yang telah kerin perlu disapu dengan ubat seperti Scabicid Cream. 
12. Radang Mata 
Sering  menyerang anak arnab yang telah menjangkau usia beberapa minggu dan  juga terdapat juga pada arnab dewasa. Radang ini berwarna merah,  terutamanya pada kelopak mata atau selaputnya. Bulu di bahagian mata  sentiasa lembap dan kadangkala keluar nanah. Penyakit ini disebabkan  oleh serangan bakteria. Luka yang menyerang bahagian selaput mata akan  lebih cepat merebak jika terdedah kepada debu yang kotor, habuk, gas  ammonia dan asap.
Bagi  mengatasi, bahagian mata arnab perlu dibersihkan dengan cecair  pembersih mata dengan menggunakan kapas. Sebarang kotoran yang melekat  pada mata perlu dibuang. Setelah itu, titiskan ubat mata atau sapu  bahagian mata dengan cecair antibiotik seperti Chloramphenicol.
13. Cacing
Dikenali sebagai pinworm atau oxyuris.  Gejala yang ditunjukkan adalah badan arnab semakin kurus, lemah, pucat,  hilang selera makan, bulu kelihatan pucat dan arnab suka  menggaru-garukan bulu di sekeliling bahagian dubur. Ia disebabkan oleh  serangan cacing yang kecil dan berwarna putih. Ukuran cacing dewasa  adalah 1.25 cm. Ia gemar hidup di bahagian usus belakang.
Kadangkala  cacing ini ditemui hidup2 di kawasan kotor. Arnab yang sihat akan lebih  mudah dijangkiti sekiranya makanan dan minuman yang diberikan  mengandungi telur cacing.
Arnab  yang diserang perlu dirawat dengan segera. Bahan hijau berupa rumput  atau daun2 hijau yang disediakan perlu dibersihkan terlebih dahulu.  Lantai sangkar perlu dibina dengan menggunakan dawai atau jaring untuk  mengurangkan penularan penyakit. 
14. Kaki Bengkok
Penyakit kaki bengkok atau rachitis  merupakan salah satu penyakit disebabkan oleh masalah kekurangan  Vitamin D. Sering meyerang anak arnab dalam peringkat awal pertumbuhan.  Vitamin D berperanan dalam membekalkan kalsium dan magnesium yang amat  diperlukan dalam proses pembentukan tulang, kuku dan bulu. Kekurangan  vitamin D menyebabkan pertumbuhan tulang menjadi tidak sempurna, tulang  kaki lemah dan bengkok dan tidak kuat untuk menampung berat badan.  Bahagian tulang yang bengkok ini berbentuk seperti huruf O atau X.
Arnab  yang dibesarkan di dalam sangkar tertutup kebiasaannya mempunyai risiko  kurang meneriama dedahan matahari yang secukupnya. Sumber vitamin D  adalah lemak ikan. Minyak ikan diberikan kepada anak arnab sebagai  pelengkap dalam pemberian makanan. Minyak ikan ini boleh ditambah di  dalam makan konsentrat. Selain vitamin D, konsentrat juga perlu  mengandungi sumber nutrisi yang lain seperti kalsium, fosfor dan mangan  bagi pembentukan tulang yang kuat.
15. Memakan Bulunya Sendiri
Sekiranya  didapati arnab memakan bulunya sendiri, lakukan pemeriksaan dengan  segera ke atas makanan yang diberikan. Lazimnya, arnab akan bersikap  begini jika makanan yang diberikan tidak mangandungi jumlah protein dan  serat kasar yang mencukupi, terutamanya rumput.
Kekurangan  protein dan serat kasar menyebabkan selera makan semakin berkurang.  Pertumbuhan bulu semakin tidak seragam dan kusut. Berat badannya semakin  merosot.
Berdasarkan  pengalaman penternak arnab pedaging, didapati banyak bulu bergumpalan  di dalam kantung perutnya selepas arnab disembelih. Bulu ini bukan  sahaja tidak dapat dicernakan malah ia akan menggangu fungsi sistem  pencernaan. Lama-kelamaan arnab akan diserang radang saluran pernafasan.
Tabiat  arnab memakan bulu sendiri atau bulu arnab lain boleh diatasi dengan  menyediakan makanan yang bernutrisi, lengkap dan dalam jumlah yang  banyak cukup untuk pertumbuhannya. Pastikan makanan pallet diberikan  mengikut aturan. Makanan lain seperti konsentrat dan bahan hijau perlu  diberikan dalam kuantiti bersesuaian.
16. Pemangsa (Kanibalisme)
Juga  dikenali sebagai haiwan pemangsa jika ia bertindak menyerang arnab  lain. Selain itu, ia juga akan mencederakan arnab lain dan memakan  sesama sendiri. Arnab ini juga suka memakan bulu arnab lain. Arnab yang  bersifat kanibal ini mempunyai pandangan mata yang sangat tajam di  samping lebih aktif daripada arnab lain. Antara faktor utamanya adalah  disebabkan kekurangan makanan atau kandungan gizi di dalam makanan amat  rendah serta air minumannya semakin berkurangan.
Induk  yang sedang bunting atau menyusukan anak juga boleh bersifat kanibal  sehingga sanggup memakan anaknya yang baru lahir akibat kekurangan  makanan. Selain itu, faktor kepadatan populasi yang tinggi di dalam satu  sangkar akan meningkatkan risiko arnab bergaduh antara satu sama lain.  Tindakan menempatkan pelbagai jenis arnab yang mempunyai saiz,  pertumbuhan dan keperluan makanan yang berbeza2 juga merupakan sebab  arnab bersikap ganas.
Langkah  pengawalan terbaik adalah dengan memberikan makanan yang mencukupi,  memastikan kepadatan populasi tidak mengganggu pembesaran arnab, tidak  mencampurkan arnab yang berlainan saiz dan tidak mempunyai umur yang  sama dalam satu sangkar dan menjauhkan arnab2 ini daripada arnab yang  bersikap pemarah dan kanibal ini.
sumber: shamzaagroproduct.blogspot.com/2009/10/penyakit-penyakit-arnab.html
Slot Machines Near Me - Jackson Casino Resort - JamBase
ReplyDeleteSlot machines are just as fun as slot games. You're sure to enjoy 남양주 출장안마 playing 서귀포 출장샵 slot 용인 출장안마 machines. 서울특별 출장안마 There are over 5000 machines to choose from at 김천 출장안마 the Mississippi