Hari ini tanggal 6/1/2013 (20
Safar 1434H) Penulis sempat menghadiri kuliah Magrib yang disampaikan oleh
Ustaz Farhan yang bertajuk “Hidup Berjuang”
beliau menceritakan perjuangan Rasulullah s.a.w dan
para sahabat …dan beliau juga menunjukan gambar-gambar slide yang menunjukan
pejuang2 palestine yang mati syahid….dengan wajah yang tersenyum ketika syahid…apa
yang mereka Nampak ketika itu adalah syurga Allah.
Diakhir kuliah, beliau menunjukan
gambar slide Sek. agama yang di usahakan beliau sekolah ini didirikan atas
kutipan derma….beliau menunjukkan gambar anak-anak yang belajar disitu. Antara yang menarik perhatian
penulis ialah seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun …Bapa beliau menghantar
anak beliau ini kesekolah Agama ini beberapa tahun yang lalu…dengan katanya
kepada Ustaz…saya mau anak saya ini tahu membaca Al-Quraan sekurang-kurangnya
bila beliau meninggal nanti anak nya dapat membacakan Surah Yasin pada beliau. Tuhan menyayangi sibapa ini bapa kepada
kanak-kank ini meninggal pada tahun lepas dalam satu kemalangan.
Semasa bapa si
anak ini hendak di Sembahyangkan si anak yang berusia 12 Tahun ini
meminta izin untuk
menjadi Imam untuk solat Jenazah Ayah nya. Imam terkejut, lalu
membenarkan sianak ini menjadi Imam, satelah selesai solat si anak
membacakan
DOA dalam bahasa Melayu. Antara kandungan doa nya yang di ceritakan
oleh Ust. Farhan ialah….."Ya
Allah Ampuni Dosa Bapa ku ini kasihani lah dia…..” menurut Ustaz ada
antara jemaah
ketika itu menitiskan air mata……..Menurut
Ust Farhan lagi anak ini bukan lagi boleh
membaca surah Yasin sebagaimana yang bapa nya inginkan akan tetapi
beliau boleh
menghafal Surah Yasin. Bapa nya bukan lah seorang ustaz tapi seorang
penjual
bihun. Allah perkenankan doa nya, Inilah anak yang soleh….. Ketika Ustaz
Farhan
menyampaikan cerita ini penulis sendiri menitiskan air mata
.......semoga kita sama-sama berdoa agar anak-anak kita menjadi anak
yang soleh yang mendoakan kita nanti.
SUMBER: http://advanced-skynet.blogspot.com/